Jumaat, November 23, 2007

JAQUEZEE

PENGENALAN 

Ini adalah blog rasmi untuk Jaquezee. Boleh ditaip dengan cara "Jaquezee" atau "JQZ" atau "Jakuzi" atau apa²lah. Asalkan bunyik nyer sama.

So sebagai poster yang pertama, aku nak bagitau yang blog ini adalah untuk kami ahli² kumpulan Jaquezee tulis apa yang tersirat dalam hati memasing, apa aktiviti yang dibuat, berita terbaru ahli² Jaquezee dan apa²lah yang berkaitan dengan Jaquezee. Nak menggunakan blog ni sebagai alternatif sebagai forum pun boleh...

AHLI²

Ahli² Jaquezee sekarang ni terdiri daripada orang² seperti yang dinyatakan di bawah ini. Ada betul, ada yang kurang betul, ada yang tak betul langsung. Ada yang kurus, ada yang gemok, ada ensem, ada yang tak ensem langsung. Hehehehe... Lelaki dan perempuan adalah jantina yang menjoinkan diri setakat nih.

Antaranya (tak mengikut susunan):
- Ijann a.k.a Yang kiyut
- Lan a.k.a Jacky Lan
- Shahrul a.k.a Budak sekolah
- Izard a.k.a Makhluk besyor
- Lia a.k.a Parti Liar
- Adie a.k.a Adigem a.k.a Donut a.k.a FrozenShadow
- Sue a.k.a Mikasa Sukasa
- Man a.k.a Porsche a.k.a Kancil a.k.a Pengerusi majlis
- Yan a.k.a Yang pemalu
- Bard a.k.a Abang hensom
- Mak Ngah a.k.a Imah
- Fadzly a.k.a Baby

K.I.V (masih di dalam observation untuk diterima keahliannya)
- Shah a.k.a Donde
- Nuzul a.k.a Pak Ngah

Suspended (keahlian digantung sehingga diputuskan ahli²)
- Maein a.k.a Chinese Look

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Jaquezee ini masih lagi kabur². Tak ada matlamat sebenarnya pun, tetapi penubuhannya adalah untuk ahli² berkumpul dan melakukan aktiviti² yang pada pandangan ahli² sebagai berfaedah! Dalam erti kata lain, bila buat aktiviti tu, tak ler buat sorang², tapi dalam kumpulan, sambil bertukar² fikiran dan membahankan Ijat pada masa terluang. Akan tetapi, ahli² lain juga boleh juga dibahankan dari masa kesemasa mengikut tahap kesesuaian.

Bila masa kian berlalu dan ahli² semakin sibuk dengan tugas masing², kawen dan sebagainya, dan apabila hubungan antara ahli semakin erat, penubuhan blog Jaquezee ini dilihat perlu untuk meneruskan hubungan ini bior tidak terputus seperti yang telah berlaku sebelum ini. Jika sesiapa di antara ahli yang terputus hubungan macam hilang phone number segala, bolehlah masuk ke blog ni dan bagi maklumat terkini. Jangan bior putus jer terus.

PENGAMBILAN AHLI

Cara pengambilan ahli plak, pun masih lagi kabur. Sebelum ni, cara pengambilan ahli adalah dengan turun melepak ke meja bersidang di Green Park, berhadapan Menara Orkid, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia secara berterusan tanpa mengira cuaca; hujan, ribut, panas dan berangin, tidak kira siang, petang atau pun malam. Mengikut aktiviti riadah yang biasa dibuat macam; ngebowl, memuviee, pergi up/mid/down town dan membahankan Ijat secara berkala dan setiap masa. Jika semua ini diikuti dengan sepenuhnya, maka untuk kebarangkalian menjadi ahli Jaquezee adalah amat tinggi.

So guys! Let's blogging!

10 komen:

JejAka MaLaYa berkata...

Adie a.k.a Adigem a.k.a Donut --- salah tue .... patut nyer ADIE@FROZENSHADOW ..AHAKS .... HWARHWARHWAR ...... kamik melapor kan diri ...

suqass berkata...

Abg Ijan...
Bleh tanya "Pak Ngah" 2 sape?....

nuzul berkata...

Sape Pak Ngah tu abg Izan? Hampeh nyer adie. Huhuhuhhu

- Nuzul -

JejAka MaLaYa berkata...

amy1982 tue sapa dol ... pelik jerk tahun kelahiran nyer ... kwangkwangkwang ... and kalo boleh donut tue bunag ler ... tak syok mata memandang ... :p ...

nuzul berkata...

aku guna email member aku. huhuuuhu..

mr. lan berkata...

tata care pengambilan ahli baru:-
- sumpah setia & tidak ingkar dgn society
- janji hingus (cm janji darah 2 la)
- sanggop kne bahan (kargh,kargh,kargh,kargh,kargh...)

nuzul berkata...

adie a.k.a donut? huhuhuhu.. siap la ko adie.. akan ku ranjau ko secukup2 nye. Hahahaaaaa...

~ney emily~ berkata...

ish yeyek ar main hengus..janji anak rambut x leh? comel sket...

E-JuMp berkata...

argh...poyo jerla...hingus la..makan bahan terbuang laa....nyampah..

Tanpa Nama berkata...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!