Rabu, Ogos 20, 2008

P1 W1MAX Testimonial Video.

Aku nak berkongsi dengan kengkawan semua kompilasi video testimoni tentang P1 W1MAX yang di antaranya terdapat klip video aku. Hehu! Shoot kat dalam bilik aku dalam bulan lepas. Enjoy!


p/s: Video di atas adalah hak milik Packet One Sdn. Bhd.

Rabu, Ogos 06, 2008

At-10-Tion


Perhatian!!!
Minta semua ahli² Jaquezee semua dapatlah memberikan pandangan dan komen tentang bagaimana untuk memantapkan lagi blog ini. Silalah berikan cadangan di dalam ruangan komen untuk post ni supaya saya dapat meningkat-tarafkan blog ini. Kesudian semua untuk mengomel amatlah dihargai!!! Yang bukan ahli pun, kalo nak komen atau bagik cadangan pun boley!

Freeze!!!

So guys! Inilah part of the video yang korang nanti²kan tu. Aku dah upload kat Youtube. The rest of the video akan aku upload bila aku dah abis editing. Tengok dulu la video yang menjadi kegemaran korang nih! Hehehehe... Aku namakan video ni sebagai "Freeze!"...

Notis pengambilan ahli baru!

Setelah diperbincangkan dengan ahli² dan majlis tertinggi Jaquezee, maka dengan ini, saya sebagai admin di dalam blog ini ingin mengisytiharkan 2 ahli Jaquezee terbaru dan dengan secara automatiknya melayakkan mereka mendapat pengiktirafan sebagai Jaquezeean... (Tepuk tepuk tepuk!!!)

Oleh kerana telah bergelar ahli rasmi, maka dengan ini, ingin saya menunjukkan gambar rasmi mereka berdua dan akan dikekalkan di dalam "Hall of Fame" Jaquezeean. Tiada sebarang pertukaran gambar akan dibuat selepas ini kerana gambar inilah yang akan berada di sana selamanya!

Untuk melihat senarai ahli² Jaquezee, sila klik di pautan "Ahli²" di bawah kolum "Helaian", atau klik ke link ini.

Ana a.k.a Kakak Busuk!

Reza a.k.a Cekgu skolah!

Harap maklum!

En admin masuk paper lg..

Kali ni plak kat paper metro..uisk makin hari makin glamer abg kiter sorang ni..klu xsempat nk tgk gmbr dia, tgk kat bwh ni..gambar kat bwh ni sedut dr blog adik dia..

gambar beramai-ramai

pic en admin & abgnye (yg dibulatkan)

Selasa, Ogos 05, 2008

JQZ trip

sesape ada cadangan untuk trip jqz untuk thn depan..sesapa yang ada cadangan leh anta kat komen..so kite wat vote tempat mane nak pegi..so sape yg cadangkan tempat tu..dia kena wat preparation dr segala hal, mcm costing, penginapan dan segalanya..so bila semua dh setuju kiter pilih tarikh so semua ahli jqz boleh apply cuti awal n kumpul duit..xde la macam thn lepas ada yang xdpt follow trip..rugi woo x pegi..amacam geng..so anta komen korang..

Isnin, Ogos 04, 2008

JQZ BBQ!

Pada hari Sabtu yang lepas, ahli² Jaquezee telah menghadiri satu majlis barbeque (BBQ) di rumah pasangan Man dan Yan di Cheras in conjunction with birthday Man. Memang satu majlis yang dialu²kan oleh semua ahli² Jaquezee sebab dah lama Jaquezeean sepi tanpa aktiviti selepas ke Zoo tempohari.

So! Seperti biasa, aku dan ahli Jaquezee lain yang telah diwar²ken tentang aktiviti ini mula la bergerak ke rumah Man dan Yan pada jam 5.00 petang. Aku, Ijat dan Sue bergerak sekali. Manakala Lan dan Shahrul pula telah pun berada di sana semenjak pagi lagi. Nak menolong Man dan Yan bersiap untuk majlis malamnya. Manakala yang lain pula datang kemudian. Reza dan Ana pula sampai pada jam 6.30 petang, manakala Mak Ngah, Bard, Adi dan Lia dikatakan akan sampai jam 9.00 malam disebabkan Adi yang belum habis bekerja.

Yan dan Man yang dah sedia untuk menerima tetamu!

Sampai sahaja di rumah Man dan Yan, didapati Shahrul dan Lan telah pun memulakan operasi mereka, menggoreng dan menumbuk. Menggoreng oleh Shahrul manakala menumbuk cili pula dilakukan oleh Lan. Reza, Ijat dan Man pula sibuk diluar rumah mengerjakan dapur untuk BBQ. Aku? Mengambil gambar! Hehehehe... Kira official photographer la nih! Yan ngan Sue plak tengah berbincang cemana nak menyeludup kek masuk ke dapur tanpa pengetahuan Man. Hehehehe...

Lan tengah menumbuk cili!

Shahrul tengah mencari barang untuk menggoreng...

Su tengah membetulkan kedudukan kek.

Tengah berbincang cemana nak sembunyikan kek...

Ijat tengah memecahkan arang...

Aku ngan Sue tengah ber"peace"ing...

Tengah ngidupkan arang...

Man naik moto gi ngambek Reza ngan Ana...

Reza ngan Ana tengah melepak!


Bila semua menda untuk pembakaran ayam dah siap sedia, maka lebih kurang jam 7.00 malam, kami pun mula la aktiviti berBBQ. Masing² tunjuk eksen sapa paling terrer memBBQ. Hehehehe... Sampai terbakar la dapur BBQ tu. Terrer tak terrer nyer derang nih! Rentung habis rak kasut si Yan ngan Man ni. Hehehehe... Dinasihatkan kepada Man dan Yan, cepat² la beli rak kasut baru! Kui kui kui!!!

Posing ler kome depan api tuh!

Ayam yang tengah dibakar...

Aku numpang sekaki kibas ayam. Sebenarnya, tu acting jer!...

HAHAHAHA!!! Sudah terbakar la itu dapur!!! API API API!!!


Bila kebakaran dapur BBQ tu dapat dipadamkan, maka terhasillah dapur baru yang membuatkan buah pinggang si Ijat, Man, Lan dan Reza seakan² nak meletup sebab kena duduk mencangkung untuk mengipas bara tu. Hehehehe... Tempat bakar kini dah menjadi kuntut gara² hanya dialaskan dengan 2 biji batu-bata di kiri dan kanan. Jadik la. Asalkan dapat berBBQ.

Gini ler dapur baru!!! Jadik aaa...

Lebih kurang jam 9.00 malam, acara pembakaran BBQ pun selesai. Memasing masuk ke dalam rumah untuk menunggu ketibaan Mak Ngah, Bard, Lia ngan Adi. Dapat la pulak panggilan daripada derang yang mengatakan derang datang lambat sikit sebab menunggu Adi balik kerja. Oleh kerana perut masing² dah pun berkeroncong, maka terpaksalah acara makan diadakan dahulu. Masing² makan dengan pelahap sebab dah kebuluran. Hehehehe... Sambil makan tuh, kitaorang yang ada kat situ masing² melayan cerita "Happy Feet" yang sesungguhnya mencumul lagi mencumulkan!

Lan Ada mau tercabut ka itu pinggang?

Aktiviti makan bermula!!!

Sambil makan, sempat lagi amek gambo tuh! Eh! Yang blah kiri tu ngambil kesempatan plak ek?!!!

Muka seronok Man dapat makan reramai kat umah dia!

Dah kenyang, layan "Happy Feet"!

Lebih kurang jam 11.00 malam, tibalah rombongan terakhir iaitu Mak Ngah, Bard Adi dan Lia. Maka cukuplah korum untuk mengadakan acara climax iaitu acara meniup lilin atas kek. Tapi sebelum tu, sambil makan memakan juadah yang ada, Yan dan Sue sibuk kat dapur (tanpa pengetahuan Man) untuk menyediakan lilin atas kek.

Ketibaan Mak Ngah, Bard, Adi ngan Lia...

Amboi! Dah dapat makan tak nampak kiri kanan...

Bard posing ala² model supinda gitu!

Hehehehe... Penuh mulut ngan makanan!

Sukanya Lia dapat makan! Senyum lebar!

Bila kek dah siap, Yan bagik isyarat kepada Ana untuk menutup lampu. Bila dah tertutupnya lampu, maka ramai² menyanyikan lagu Happy Birthday yang lari tune. Hehehehe... terkejut beruk Man. Tapi, apa² pun, kek dipotong dengan rasminya menandakan Man dah pun jadik orang yang dah tua (macam Incik Admin!). Amacam Man? Terasa tak proses penuaan di muka tuh? Kui kui kui kui...

Maka, sambil memakan kek dan memakan ayam BBQ, kami menyambung kembali menuntunan tivi dengan rancangan... Mmmm... Aku pun dah lupa tajuk dia. Citer apa tu aaa korang? Bagitau aku. Nanti aku edit balik!!!

Gaya macho Man memotong kek!

Ini la kek yang disuprisekan untuk Man...

Dapat adiah lagik!

Gambar beramai²...

Satu perkara yang tak dapat kami lupakan pada masa ini adalah ketika sessi mengambil gambar beramai². Aku terlupa nak tutup setting kamera daripada video. So, lepas habis setup kamera atas tripod, Man pun dengan konfiden menekan kamera tu dan kemudian berlari mengambil tempat. Masing² pulak duduk frozen depan kamera sambil menunggu flash bercahaya. Tapi bila tengok tiada flash, masing² ingat gambar dah diambil, tapi bila aku bangun dan melihat kembali kamera itu, barulah perasan, kamera dalam setting video. Bila diplaybackkan balik, di tivi, masing² pecah perut tengok diri memasing tengah ready nak ambik gambar... Hehehehe... Nanti aku hapload video tu kat dalam Youtube!

So, lepas habis kiteorang preview semua gambar dan video yang diambil, masing² pun dah berkira² nak balik. Jadik, lepas jam 1.00 pagi, bermulalah kami mengambil langkah masing² untuk pulang. Kecuali Lan, Shahrul, Ana dengan Ijat yang tinggal bermalam di rumah Man dan Yan dan akan pulang keesokan harinya.

Incik Admin ngan buzday boy!

Masa untuk pulang!


Sekian, Ijann melaporkan!

p/s: Pas nih, buat BBQ untuk Yan plak!

en admin

glamer sungguh en admin sekarang..muka masuk paper gitu..sape nk tgk muka en admin page 7 (utusan malaysia) blah bawah skali..sape yang tak sempat nk beli or terlupa, kat bwh ni ada pic iklan en admin..


maznizan marzuki,30..
bkn 25 ke..hehhe


en admin senyum simpul..hehe

ni pic yang telah diedit..