Isnin, Disember 31, 2007

syndicate society... presenting... gift x-change party photo!!!



bard dpt 3 set cawan beso n satu cawan mabuk kecik ekekek... tanik cha...

lia dpt music windmill house, lene la lia tdo mlm 2...
sue dpt toaster roti. gemok skt la sue pas ni sbb leh ltk kt meja opis die...
mc ngah dpt jam loceng... skali pandang, cm mate kt dlm jam 2 same je ek... cume cermin mate je membezekan dieorg...
hah... adi dpt balang crystal...jgn die wat nescafe dangdut dlm balang ni sudah...

yan dpt crystal case utk persiasan die... elok la 2 sbb yan yg dpt. kalu ijat yg dpt, jd ashtray la jawab nye...ekekek
ijat dpt iron pakaian... seronok en manap dpt iron baru hehe...
ijann dpt diari lelaki pink... ade kembang skt idung 2 kalu korg perasan...
ehehehe.... aku dpt patrick wo.... best2...
shahrul dpt bantal patrick n sponge bob, kire ok la aku ngan shahrul dpt yg bleh bwk tdo eheheh...

huyo.... man dpt nage kayu... mmg sesuai ngan title die sebagai pengerusi majlis... taiko maa...
kak zie dpt chermin.................... makin cun la kak zie, bleh make up ari2 ekekeke....
ketike pembahagian present... grand habeh... gigit kuku je la sape yg x join 2...
ijat bg present kt bard ni, tp muke cm sebaliknye lak...
bard bg man present. cm iklan kopi jantan kan...
kak zie bg lia present (ehehehe... kompom la lia ni...)
sue bg kak zie present. seronok kak zie dpt yg paling beso bungkusannye...
shahrul bg sue present... bergaye sungguh korg hehe..
adi bg shahrul present, unwrap wo... ganaz btl...

aksi man bg present kt mc ngah. cube korg teke, muke mane yg ayu...
ijat bg bard present die tp ana yg terima. bg pihak je sbb bard lum blk keje g mase ni...

aku bg present kt ijat...bkn man atau ijann tau...
lia bg present kt aku... alamak..... ape aku dpt ni....

ijan bg adi present, adi dpt present pink wrapers die... hu....
yan bg present kt ijann...cumul2...
mc ngah bg yan present, hepi btl yan mase 2....

xtvt semase menunggu pengerusi majlis hehe..

pandang serong ye... hehe..
muke x tau pape...
ekekeke... ni sbnrnye persiapan muke surprise ni ekeke
kak zie malu...
kak zie dh x malu dh.... kikiki

oi.... man.... romba feel panavai ooooo...
present yg standby utk menerime owner baru...
ingat macha mane td...
mc ngah tgh nk sebut hape ntah...? cm nk tersembur jeeee... ape aku dpt jap g ni...


ade untung ke aku niage mlm ni...

ni man kate tau...

(shh... yan, kte wat muke x bsalah sbb dtg lmbt ekekeke)

Bertukar² hadiah..

Pada malam tadi, bersamaan 30hb Disember 2007, satu acara bertukar² hadiah telah dijalankan dengan cemerlangnya dia antara ahli². Ada yang menjerit kesukaan, ada yang tak tahan dibahan dan ada juga yang mendapat hadiah yang tidak disangka²...

Namun, acara ini merupakan acara paling fun pernah dilakukan oleh ahli² dan sebagai acara penutup tahun 2007 untuk ahli² Jaquezee.

Majlis yang dikatakan bermula pada jam 8.00 malam hanya bermula pada pukul 10.30 malam selepas 2 orang ahli sampai ke GP iaitu Man dan Yan (Boooo!!!), dan sementara menunggu 2 ahli tiba, pelbagai acara sampingan telah diadakan iaitu melihat jam, mendengar bunyi ekzos kereta di jalan raya, menelefon nombor yang tidak berjawab dan tidak ada signal, dan juga acara tidur (Kha kha kha kha!!! Jangan marah aaaa...) Sebenarnya acara bermain teka-teki bodoh yang telah diberikan oleh Admin untuk mengisi masa.

Selepas Man dan Yan menyampaikan diri mereka di GP, maka bermulalah acara bertukar² hadiah. Berikut, adalah nama ahli² yang terlibat:

-Ijann as Yang kiyut
-Kak Zie as Mama bosan
-Lia as Parti liar
-Adie as Donut
-Shahrul as Budak sekolah
-Lan as Jacky Lan
-Ijat as Makhluk besyor
-Sue as Suekasa
-Man as Pengerusi majlis
-Yan as Yang pemalu
-Mak Ngah as Imah
-Bard as Abang hensome

serta diperhatikan dengan jelesnya oleh:

-Kakak besar
-Adik montel
-kawan Adik montel

Sebelum acara bermula, Ijann iaitu Admin telah menerangkan cara pertukaran hadiah dijalankan. Dan kemudian satu acara tam-plom dibuat untuk mengetahui siapa yang akan mencabut undi dahulu. 2 ahli mendapat tempat teratas iaitu Yan dan Adie, dan ianya telah dimenangi oleh Adie selepas pertandingan o-som berlaku. Maka Adie pun memulakanlah acara dengan mencabut nama di dalam bakul fries tempat Lia menghidangkan French Friesnya suatu ketika dahulu.

Untuk memendekkan cerita, berikut adalah nama mereka telah bertukar hadiah:

-Adi mendapat hadiah daripada Ijann
-Ijann mendapat hadiah daripada Yan
-Yan mendapat hadiah daripada Mak Ngah
-Mak Ngan mendapat hadiah daripada Man
-Man mendapat hadiah daripada Bard
-Bard mendapat hadiah daripada Ijat
-Ijat mendapat hadiah daripada Lan
-Lan mendapat hadiah daripada Lia
-Lia mendapat hadiah daripada Kak Zie
-Kak Zie mendapat hadiah daripada Sue
-Sue mendapat hadiah daripada Shahrul
-Shahrul mendapat hadiah daripada Adie

Begitulah ceritanya. So, selepas hadiah diterima, acara membuka hadiah pula dijalankan, bermula dengan Kak Zie.

-Kak Zie mendapat cermin
-Yan dapat bekas kerongsang berrama²
-Man mendapat naga kayu
-Ijat mendapat seterika
-Ijann dapat diari kaler pink lagi
-Lan dapat plush toy Patrick
-Shahrul mendapat bantal Sponge Bob
-Sue mendapat toaster
-Mak Ngah dapat jam loceng Sponge Bob
-Bard dapat mug Sponge Bob
-Adie dapat pasu bunga kaca
-Lia dapat music box

Setelah semua ahli² bergumbira dengan hadiah masing², semua ahli kemudiannya menurunkan tandatangan di dalam diari kaler pink yang kepunyaan Ijann (amboi² korang! memacam korang tulis dalam tu ye?!). Kemudiannya persidangan mengenai pengholidayan ke CH telah dilakukan. Kata sepakat telah dicapai dan satu post mengenainya akan dibuat tidak lama lagi untuk mewar²kannya.

So guys, terima kasih kerana bersama² menjayakan acara bertukar² hadiah. InsyaAllah, mungkin tahun depan kita boleh buat lagi!!!

p/s: Incik Lan, sila la postkan gambar² acara bertukar² hadiah tu ye?!

Ahad, Disember 30, 2007

Penukaran tarikh!

Di atas sebab² yang tak dapat dielakkan, aktiviti bertukar² hadiah terpaksa dipercepatkan sehari iaitu daripada 31hb kepada 30hb Disember 2007.

Ini adalah kerana, kebanyakan ahli² Jaquezee akan keluar meraikan tahun baru 2008 pada malam 31hb tersebut sehinggalah menjelang 1hb January 2008.

Diharap ahli² Jaquezee dapat menghadirkan diri anda bersama hadiah² anda pada 30hb Disembar bersamaan hari Ahad...

Jangan dilupa, selepas aktiviti bertukar hadiah itu, persidangan akan dilakukan terus untuk menentukan tarikh pengholidayan.

Harap maklum!

Admin!

Sabtu, Disember 29, 2007

super bard

korg nk tgk gambo bard yg paling best x?
ni die ...




ni kalu mc ngah tgk ni, mau mkn ati die ni ekekekek...

hu... dahsyat.... john trovolta pn x penah gune skill ni...

hebat2... kalu korg nk tgk gambo bard yg lain tgk la kt friendster bard, click kt view all photo...

Jumaat, Disember 28, 2007

VADS Retro Nite, 2007

Presenting...

Bard featured in VADS Retro Nite, 2007!



Berikan tepukan gemuruh kepada Bard!!!

Khamis, Disember 27, 2007

hollaaa

huhuhu lama tol x dpt blogging ngn tenang since pakcik yan meninggal (13 dis) atok man plak 24 dis...tx ye kengkawan yg mendoakan... 2 3 minggu ni yan sebok skit.. sempat curi2 jenguk ke blog je... smlm mc plak.. x sehat..erk kengkawan sehat sejahtera ke? hmmm ni ada sedikit luahan hati yang cumul (tx encik admin yg berleluasakan penggunaan 'cumul') ;)

1. utk 31/12/07 yn nak kompon kan berapa yg dtg? adakah encik bard akan menonjolkan dirinya? @pun ada penambahan ahli? - sbb nak kira berapa hadiah nak beli
2. i am legend - sape kate citer ni besh? x besh langsung.. kengkawan jgn tengok tau -sbb sam mati huhu x suke x suke
3. tx abg ijan paste cerita... sedey r.. erm kengkawan klu ada silap or terkasar bahasa dari yan minta ampun maap ye.. -isk sedey plak... huhu disember yg sedih lagi duka dan lara bg yan...

ok tu je... moga kita terus berposting di blog yg indah ini... kat sini je nak tau ape2 perkembangan diri kengkawan.. ? (erk ada yg makin kembang ke? yan makin mengembang huhu)..

Bertukar² hadiah! Aktiviti awal 2008.

Sebentar tadi, aku, Lan, Shahrul, Adi, Lia dan juga Mak Ngah, kendian Ijat, masing² berbincang pasal aktiviti yang bakal diadakan pada tahun 2008. Sebagai permulaan, aku telah mencadangkan aktiviti bertukar² hadiah sempena penutup tahun 2007 dan sempena menyambut 2008.

Kata sepakat telah dicapai dan acara bertukar² hadiah ni akan diadakan pada waktu dan tarikh berikut:

- tarikh: 31hb Disember 2007
- masa: 10.30mlm sehingga dinihari
- tempat: GP

Apa yang ahli² Jaquezee perlu lakukan adalah dengan menyediakan hadiah (apa² sahaja) yang bernilai RM10 sehingga RM25. Tidak kurang dari RM10 dan tidak lebih RM25. Resit pembelian hendaklah disimpan dan hendaklah diberi kepada penerima semasa acara bertukar² hadiah diadakan. Ini adalah untuk menunjukkan bukti pembelian adalah di antara range nilai yang diberi. Sekiranya hadiah di luar dari range nilai yang telah ditetapkan, hadiah itu boleh direject oleh penerima dan dia serta merta akan disqualified! Juga ingin dinyatakan di sini, bahawa hadiah hendaklah dibalut dengan kemas dan cumul.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, bolehlah mengontek ahli² Jaquezee yang terdekat.

Satu lagi yang hendak diberitahu, satu persidangan ahli² Jaquezee akan diadakan selepas acara bertukar² hadiah.  Persidangan itu adalah berkenaan dengan pengholidayan di Cameron Highland untuk menentukan tarikh dan masa pengholidayan tersebut. Kedatangan ahli² adalah wajib dan dimestikan.

Harap maklum...

Rabu, Disember 26, 2007

assalamualaikum....

kepada kengkawan sekalian...dimaklum kan kepada semua bahawa datuk aku(batu pahat)telah pulang ke rahmatullah pada hari selasa bersamaan 25 hb december 2007...

al-fatihah....

pengholideyyan

amcm kalu aku cadangkan bulan 1 or 2 '08 ni kte ke cameron diaz highland...?
korg tgk2 la calender best korg mane tarikh yg sessuai then kte bincang di 'the courts of green park'... i see u all in courts!

Selasa, Disember 25, 2007

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.

Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?

Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar suratkat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.

Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya.

Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan.

Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?"

Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.

"Biasa la! zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"

Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.

Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau?" Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku Buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!"

Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi.

Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".

Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.

"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dahb alik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun.

"Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama Ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" Jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?" Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! Apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!


Moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar.

Jumaat, Disember 21, 2007

KEPADA INCIK JACKY LAN

Lan, aku nak mintak tolong ko nih...2 pun kalo ko xkeberatan...aku nak mintak tolong ko printkan logo jqz nih saiz a4 leh tak sebab aku nak wat airbrush kat moto aku...jika ader kelapangan di pihak ko la...

Khamis, Disember 20, 2007

oiiiii/.... dah raya.....

SELAMAT HARI RAYA QUBAN... semoga ahli2 jaquezee dalam keadaan sihat.

Rabu, Disember 19, 2007

Wishes

Selamat Hari Raya AidilAdha to all Jaquezeean...
Happy Buzday to Leya N Sue..Smoga Pnjg Umur n Murah Rezeki...
Bila Korang Nk wat party...

Ahad, Disember 16, 2007

More pictures



Kampung Lan yang aman permai



Bergambar di hadapan rumah Lan. Kelihatan Man cuba untuk interframe tetapi tidak sempat melakukannya.



Ntahapehapeaksiyangdilakukan...



Ijann dan Mak Ngah semasa di pengebowlan yang lalu.



Ijann dan Bard di dalam kereta Lan semasa pulang mengebowl.



Ni pehal ni Mak Ngah?



Semasa turun dari eskalator dari pengebowlan.



Tangkap gambar di kaunter bowling.



Aksi Lan yang puyuz di Green Park.

Jumaat, Disember 14, 2007

Free your calender on Mac 11, 2008

Aku nak korang semua mengosongkan kalender masing² pada 11 Mac 2008 bersamaan dengan hari Selasa, 3 bulan dari sekarang, kerana aku akan mengadakan satu sessi makan besar²an tengah malam dengan semua ahli² Jaquezee. Ini adalah untuk meraikan harijadi ke 25 yang ke 5. Semua ahli² Jaquezee diminta untuk berkumpul di Green Park pada pukul 11.00 malam, 10 Mac 2008 sebelum bergerak beramai².

Ini adalah one time event, dan tidak mungkin akan berlaku lagi kemudian. Jangan pulak korang cakap aku tak prepare awal² sebab aku dah plan semua ni dah lama dah.

Makan besar²an itu akan diadakan di McDonalds Jalan Pahang, bermula pada 12.00 tengah malam sehinggalah semua ahli² mabuk. Kikikiki... Tak la, sampai semua ahli buhsan makan. Ahli² diminta untuk menyediakan hadiah mahal² untuk aku, dan juga sebijik kek 12 tingkat untuk meraikannya. HAHAHAHA... (GELAK JAHAT SIOT!)

Harap semua dapat mengosongkan jadual pada masa itu ya! Kerjasama ahli² Jaquezee semua amat dihargai.

Note:
Semua telur-menelur, tepung-menepung dan juga semua-benda-yang-boleh-mengotorkan adalah dilarang sama sekali pada hari yang mulia itu. :p

Term²

Hehehe... Ni adalah term² yang selalu digunakan oleh ahli² Jaquezee. Sama ada secara rasmi atau tak rasmi, penggunaan ini telah diadaptasikan dalam kumpulan. Term² ini selain daripada sebagai tujuan membahan, ia juga digunakan sebagai penyelarasan pemahaman dikalangan ahli. Hehehehe...

1. Ngebowl
Terma ini digunakan untuk aktiviti bermain bowling Jaqueezee. Asal usul terma ini datangnya daripada Lan kerana kekerapan dia menggunakan "ngebowl" apabila mengajak ahli² untuk bermain bowling. Seterusnya, terma ini diambil oleh Admin untuk melebelkan post bowling dengan term yang agak sama iaitu "pengebowlan" iaitu perbuatan ngebowl ahli² Jaquezee.

2. Memuviee
Terma ini juga dimulakan oleh Lan di dalam postnya untuk mengajak ahli² Jaquezee pergi menonton wayang² terbaru. Walaubagaimana pun, terma "memuviee" ini telah lama diguna pakai oleh ahli² dari dahulu lagi. Sekali lagi, terma ini telah digunakan oleh Admin tetapi dalam bentuk yang agak berlainan iaitu "pemuvieean" yang bermakna perbuatan memuviee oleh ahli Jaquezee.

3. Cumul
Terma yang berbunyi agak lawak ini hampir² sama dengan bunyi syumul, tetapi ianya amat berlainan makna. Penggunaan terma "cumul" ini adalah untuk menggambarkan kecomelan yang melampau. Cumul ini telah digunakan pertama kalinya oleh Yan untuk menggambarkan Admin dalam keadaan kecepatan atau tergopoh-gapah. Terma ini diterima dengan penuh keikhlasan olah Admin untuk digunapakai di dalam blog ini secara besar²an.

Sebarang penggunaan terma² baru yang digunakan oleh ahli² Jaquezee akan direkodkan di sini untuk future reference. Harap maklum.

Wakakakakaka...

aku pong nak baghi ghambo gok....

ejat cover macho

"nak tido jap laa..."

"hmm....20 sen..."

"hum...org kejer dia lepak jer..."

"dey tahmby...inaaaaa..."