Isnin yang lalu, kami bebudak Jaquezee (Ijann, Lan, Shahrul, Mak Ngah, Sue, Adie dan Lia) semuanya mengambil kesempatan untuk bermain bunga api sebelum masing² pulang ke kampung untuk beraya. Bunga api yang En. Admin beli sehari sebelum hari kejadian semuanya habis dalam sekelip mata apabila semua gila untuk menjadi budak² kembali. Hehehehe... Walau apa pun, hari itu memang sungguh menyeronokkan.
Pada mulanya, kami semua konfius untuk bermain bunga api di mana. Perancangan awal adalah untuk dimainkan di Titiwangsa, tapi ramai yang tak bersetuju kerana takut dicekup DBKL. Har har har har! Lawak sungguh alasan! Kemudian rancang ke Bukit Ampang pulak, pun tak setuju jugak sebab terlalu jauh. Dan selepas berapa lama berfikir dan memberi buah fikiran, akhirnya Lia telah memberi kata putus dan menyuruh kami ikut perancangan awal iaitu ke Titiwangsa.
Nasib kami baik sebab tak ada apa pun yang mengacau kami bermain bunga api. Lalalala... Seronok sungguh! Lepas habis 11 bungkus bunga api tu, kami pun pulang bergerak untuk sahur di Mahkota sebelum pulang ke rumah.
Nasib kami baik sebab tak ada apa pun yang mengacau kami bermain bunga api. Lalalala... Seronok sungguh! Lepas habis 11 bungkus bunga api tu, kami pun pulang bergerak untuk sahur di Mahkota sebelum pulang ke rumah.
Sebenarnya, acara bermain bunga api ni dah jadik acara tradisi bebudak Jaquezeean sebenarnya. Semenjak beberapa tahun yang lalu, memang tak pernah kami lupa untuk bermain bunga api beramai². Tahun depan, kami main lagik! :)
0 komen:
Catat Ulasan